← Abgzul UniverseFacebook  ·  Semak kewangan →
Siapa Abgzul?

Satu orang. Banyak dunia.

Mohd Zulhafidz Yahaya · Anak Gerik, Perak · Kini di Sungai Petani, Kedah

Saya pereka, pembina web, penunggang solo, dan perunding takaful. Semua yang ada dalam Abgzul Universe ni saya bina sendiri, satu demi satu, dengan satu tujuan: memenuhi keperluan orang, sama ada baju, laman web, ilmu, atau perlindungan untuk keluarga mereka.

Takaful, For Life, and the AfterlifeAnak Gerik, PerakBina web sejak 2008CycleDesign sejak 2014MDRT 2025Solo 2,020km dalam 24 jam
180+laman web klien dibina
500+rekaan baju lukisan tangan
RM27.4jjumlah perlindungan diurus (2023)
MBORMalaysia Book of Records
Asal usul

Budak Gerik yang "suko ngekor"

Lahir 20 Januari 1983 di Gerik, Perak. Anak kedua dari empat beradik.

Saya membesar dalam keluarga sederhana. Atuk dan nenek buka kedai di Gerik, dan hampir setiap minggu saya teman mereka ke Kelantan cari barang untuk berniaga: Rantau Panjang, Bukit Bunga, Tumpat, Wakaf Mek Zainab, Buluh Kubu, Pasar Besar Siti Khadijah. Jalan Gerik–Jeli tu, pejam mata pun hafal. Cewah.

Dari kecil memang suka mengembara. Orang Kelantan kata, "suko ngekor". Mana atuk pergi, mana nenek pergi, saya nak ikut. Al-Fatihah untuk mereka berdua.

Dengan arwah abah pun sama. Malam-malam saya ikut dia ke pejabat, teman dia buat kerja. Dari situlah saya mula kenal komputer, sekitar 1993–94.

Tahun 1995, arwah abah beli PC Pentium secara ansuran koperasi kakitangan kerajaan. Dia juga ambil kerja sambilan pasang PC di rumah JD dan OCD Gerik, dan buat networking untuk pejabat-pejabat, termasuk Pejabat MARA Gerik di awal-awal dulu, dan Masjid Gerik.

"Tak pernah dia marah bila saya godek PC dia."Arwah abah beri saya ruang explore komputer seawal darjah 6.

Dalam dan luar PC tu saya godek. Kadang terpaksa delete software dia untuk install game. Sampailah saya pandai tukar modem external ke internal, pasang RAM baru, set hard disk master dan slave (zaman tu kena set jumper secara fizikal), dan pasang macam-macam kad PCI.

1998, masa saya tingkatan tiga, arwah abah meninggal dunia. Di situlah bermula perjalanan saya dalam keusahawanan. Jual macam-macam di sekolah. Upah langsir kelas pun ada: mak yang buat, saya minta sekelas bayar. Hehehe. Arwah atuk mungkin kasihankan saya, banyak juga dia sponsor masa saya belajar. Duit tu saya simpan, beli walkman, CDman, belanja kawan-kawan, dan kerap naik ke KL, rumah abang.

Masuk universiti, saya cari duit jadi runner. Runner printing, runner burger, runner macam-macam. Sampailah pensyarah-pensyarah mula upah saya buat design, web dan grafik. Alhamdulillah. Dari situ, semua yang ada dalam Abgzul Universe ni bermula.

Gambar bayi, Gerik
Kecil-kecil lagi dah nak merangkak ke mana-mana.
Kereta mainan dan basikal roda tiga
Zaman kereta mainan dan basikal roda tiga.
Adik-beradik dalam kereta Honda merah, April 1988
Honda merah keluarga, April 1988.
Naik bot bersama arwah abah
Naik bot bersama arwah abah.
Main air di pantai bersama arwah abah, September 1989
Main air di pantai, September 1989.
Pagi Raya bersama arwah abah
Pagi Raya bersama arwah abah.
Arwah abah dengan kamera
Arwah abah, kamera sentiasa di tangan.
Kad pekerja arwah Yahaya bin Abas, Jabatan Pertanian Perak
Kad pekerja arwah abah, Yahaya bin Abas. Jabatan Pertanian Perak.

Perjalanan

Dari Gerik, ke skrin komputer, ke jalan raya, ke meja keluarga.

  1. 1983
    Lahir di Gerik, Perak20 Januari. Anak kedua dari empat beradik, membesar ikut atuk dan nenek berniaga.
  2. 1995
    PC pertama di rumahArwah abah beli PC secara ansuran. Mula godek perkakasan seawal darjah 6.
  3. 1998
    Arwah abah pergi, mula berniagaTingkatan tiga. Jual macam-macam di sekolah, kemudian jadi runner di universiti.
  4. 2008
    Mula bina laman webBelajar sendiri. Belajar sendiri, sejak zaman godek PC arwah abah. Sejak itu lebih 180 laman web klien dibina, termasuk untuk UZAR.
  5. 2014
    TSYOK DESIGN & CycleDesignDaftar perniagaan rekaan dan cetakan baju. Hari ini lebih 500 rekaan lukisan tangan, bukan AI, untuk penunggang, kelab dan acara.
  6. 2017
    Annapurna Circuit, Thorong La (MBOR)Kayuh basikal ke 5,416 meter di Nepal. Diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai kumpulan pertama berbasikal di laluan altitud tinggi.
  7. 2019
    Crossborder SWNE & Masjid Mesra MusafirTunggang solo dengan Honda RS150R merentas sempadan hingga Ubon Ratchathani. Tahun yang sama mula senaraikan masjid mesra musafir untuk pengembara.
  8. 2020
    BigWatch 24Hours 2,020km, solo20 Februari 2020. Tunggang motosikal seorang diri pusing semua negeri di Semenanjung dalam 24 jam.
  9. 2023
    Jadi perunding takafulTahun pertama tamat program PruVenture dengan 392k TPC, Top 10 MTA Rookie, dan pernah capai ~105k TPC dalam sebulan.
  10. 2025
    MDRT 2025Million Dollar Round Table, piawaian antarabangsa perunding kewangan.
  11. 2026
    Meja Closing, EduGames & Abgzul UniverseTukar alat Excel lama saya jadi Meja Closing, sistem untuk ejen takaful semua syarikat. Bina EduGames untuk murid, ebook Bacalah, dan bandar kecil ini.

Cabaran & rekod

Dua perjalanan yang ajar saya: rancang betul-betul, kemudian jangan berhenti.

Kayuh basikal di salji Thorong La Pass, Nepal Sijil Malaysia Book of Records Penyerahan sijil Malaysia Book of Records
Bersama basikal di Annapurna Circuit, Nepal Pelekat nama Zulhafidz Yahaya dan bendera Malaysia pada basikal Ucapan Selamat Hari Ibu untuk Che Ruhani dari Annapurna
Malaysia Book of Records · 15 Mei 2017

Kayuh basikal ke 5,416 meter, Thorong La Pass

5,416maras laut
260kmAnnapurna Circuit
+1.3kmlebih tinggi dari Kinabalu

Antara pelumba dalam pasukan Majlis Rekreasi Malaysia yang diiktiraf sebagai kumpulan pertama berbasikal di laluan altitud tinggi. Dari Besisahar, melalui Manang dan High Camp, merentas Thorong La Pass hingga ke Pokhara, Nepal.

▶ Tonton video Thorong La Pass
Patch BigWatch 24Hours 2020KM Challenge BigWatch 24Hours 2020km Challenge, 20 Februari 2020 Kayuh basikal 5,416 meter dari aras laut
Solo · 20 Februari 2020

BigWatch 24Hours: 2,020km, semua negeri Semenanjung

2,020kmcabaran
24 jamhad masa
11negeri Semenanjung

Tunggang motosikal seorang diri pusing semua negeri di Semenanjung Malaysia dalam masa 24 jam. Tengah malam lalu Mersing, Jemaluang dan Bukit Aping.

▶ Tonton video BigWatch 24Hours
Album Thorong La Pass 5416 meter
Thorong La Pass · 832 foto
Album Syok Syok Ride Thailand
Ride Thailand · 765 foto
Album Turkiye Jan 2022
Turkiye 2022 · 636 foto
Album Kayuhan Altitude Tinggi Annapurna Circuit MRM
Annapurna MRM · 368 foto
Dan banyak lagi...Lebih 2,600 foto kembara, cabaran dan kenangan dalam album Facebook saya.f  Lihat album foto →
Mohd Zulhafidz YahayaMDRT 2025
Penasihat anda

Mohd Zulhafidz Yahaya

Senior Wealth Planner · Prudential BSN Takaful · Kod Ejen S2400060

Saya bukan jual polisi dulu. Saya tengok angka keluarga anda dulu: berapa lama mereka boleh bertahan, apa yang beku bila anda tiada, apa yang jadi pada bisnes. Lepas tu baru kita bincang apa yang patut, dan apa yang tak perlu.

MDRT 2025
MDRT 2025Million Dollar Round Table
PRU Service Mark 2024
PRU Service Mark 2024RM23,679,000 perlindungan
PRU Service Mark 2023
PRU Service Mark 2023RM27,488,000 perlindungan

Apa yang saya buat

Semua yang saya bina dan jual. Tekan mana-mana untuk masuk.

Perlindungan & kewangan
Web & sistem untuk bisnes
Kedai & produk
Ilmu, buku & permainan
Jana pendapatan bersama saya

Pengiktirafan

Angka anugerah merujuk jumlah perlindungan yang diurus, bukan pendapatan.

🏆MDRT 2025Million Dollar Round Table
⭐Top 10 MTA Rookie 2023Tahun pertama sebagai ejen
🎖️PRU Service Mark 2023RM27,488,000 jumlah perlindungan
🎖️PRU Service Mark 2024RM23,679,000 jumlah perlindungan
🌱NAAPN Green Horn 2024Paris Starclubber 2024 · NAAPN 2025
📕Malaysia Book of Records15 Mei 2017 · Thorong La Pass, 5,416m

Kenapa takaful?

Sebab saya tak nak orang tahu nilai perlindungan bila dah terlambat. Saya tak akan beri harga sebelum saya tahu angka anda. Angka dahulu, harga kemudian.

Mulakan dengan semakan percuma. Dua hingga tiga minit, terus nampak hasil.

WhatsApp → 013-616 0551

Mohd Zulhafidz bin Yahaya ialah ejen takaful berlesen yang mewakili Prudential BSN Takaful Berhad (Kod Ejen S2400060). Semakan di laman ini ialah analisa umum untuk kesedaran dan pendidikan, bukan sebut harga atau nasihat kewangan peribadi.

Abgzul · Takaful, For Life, and the Afterlife
abgzul.com · facebook.com/zultsyok